Dunia ini memang bukan milik kita, tapi janganlah engkau berjalan sambil menoleh ke belakang. Teruskan perjalanan anda tanpa menoleh ke masa lalu.

PERWATAKAN

Tanya diri kita apakah kita mepunyai perwatakan yang menyenangkan hati orang lain bila berjumpa? Suka senyum, suka berkata yang baik, memuji kebaikan orang, suka melihat kebaikan orang, berminat kejayaan orang lain, suka melihat kehebatan dan belajar daripada kejayaan orang lain, murah hati rajin bekerja?

MIND SET

Jika kita percaya kita bijak, kita akan fikir dan bertindak bijak, jika kita percaya kita baik, kita akan fikir dan bertindak baik. Kita jadi sebagaimana kita fikir dan kita akan bertindak sebagaimana kita fikir. Oleh itu, lihat kepercayaan kita. Pilih kepercayaan tentang keupayaan kita dan jangan biarkan orang lain atau media mengawal apa kita fikir. Minda kita terlalu berharga untuk dibiarkan penuh dengan sampah dan lalang dengan menonton, membaca dan bercakap perkara negatif.

Ubah diri

Sesiapa yang ingin berubah harus bersedia untuk bertanggungjawab atas segala hasil kehidupan setakat ini dan buat analisis serta berhenti menyalahkan orang lain. Kita telah membuat pilihan setiap saat dan ini hasilnya. Kita akan dilayan bagaimana kita mengajar orang untuk melayan kita. Jika dapat layanan buruk lihat bagaimana kita melayan orang lain. Apa yang kita beri itu kita akan dapat. Allah Maha Adil. JIka berjumpa orang yang buruk akhlaknya jadikan pengajaran agar tidak ikut perangainya. Doakan dia dan jangan lakukan sebarang tindakbalas. Jika kita biarkan orang lain mengawal emosi kita bererti kita telah memberi umur kita kepada dia. Kualiti hidup kita ditentukan oleh kualiti emosi kita. Jika negatif, maka negatiflah hidup kita begitu juga sebaliknya.


Pemergiaanmu

Bayu laut datang menghembus lembut wajahku, desiran ombak menghayun fikiranku jauh melayang.

Namun, pemergiaanmu membawa aku kembali ke alam nyata.

Dugaan Dia

Disaat sinaran itu hilang dan bakal berlalu pergi, kau perlu sedar bahawa dugaan hati sedang menantimu.

Tak mungkin dapat harungi tanpa Dia disisi dan perlulah kau ingat, Dia tidak mengujimu diluar batasmu.

Andai kau tewas dengan dugaan ini, fikir bagaimana sekiranya kau jatuh dari jambatan gantung yang dalam curamnya.

Gelap, sepi dan sendirian kau disana tanpa teman. Namun tidak kau sedar bahawa Dia sentiasa disisimu meskipun kau menduakannya.